Monday, November 17, 2008

bE pOsiTiVe!


If anyone talks to me badly I will stay away and try to be calm

If anyone tells me the truth I will accept and do not ever regret

If anyone hurts my heart I will stay calm and pray

If anyone gives me hope I will hold and do not keep it at bay

If anyone looks down on me I will take it easy and strengthen my heart

If anyone loses their temper I will take a deep breath and be quite

And if anyone needs my help I will lend my hand and do the best I care for everyone's feeling and desire.

| peRasAN tAk kiTer???

Dalam kita sibuk menjalani kehidupan seharian..masing-masing dengan 'dunianya' yang tersendiri...perasan tak kita dengan perkara-perkara di bawah ini ?

Perasan tak kita.....yg setelah kita dilahirkan dan sebelum dikebumikan kita hanya dibaluti sehelai kain putih
TETAPI masih lagi kita hendak bermegah-megah dengan pelbagai fesyen dari jenama terkenal semasa di dunia ini.

Perasan tak kita.....yg ketika mengadap Allah (bersolat) kita kena menutup aurat dgn sempurna
TETAPI masih lagi kita bersahaja mempamirkan aurat kita kesana kesini sesuka hati.

Perasan tak kita.....yg suatu hari nanti pasti dan pasti kita akan menjadi ahli kubur
TETAPI masih lagi kita berbangga dengan segala macam keahlian di dunia ini.

Perasan tak kita.....yg kita akan dikebumikan mengadap ke kiblat
TETAPI masih lagi kita memalingkan muka drp kiblat (tidak bersolat) semasa di dunia ini.

Perasan tak kita....yg kita akan diusung ke masjid setelah mati
TETAPI masih lagi kita mengusung diri kita ke tempat-tempat lalai dan maksiat semasa hidup di dunia.

Perasan tak kita.....yg mulut kita akan terkunci rapat saat berdepan dgn Allah s.w.t
TETAPI masih lagi kita bercakap yg sia-sia,yg tiada diadakan,menabur fitnah dan mengadu domba di dunia ini...dan akhir sekali

Perasan tak kita.....yg diri,masa dan harta kita adalah PINJAMAN semata-mata masih lagi kita mendakwa yg semua itu milik kita selama-lamanya.

Wednesday, October 22, 2008

Mujahidah Agama


MUJAHIDAH AGAMA



Sinar kelembutan di wajahnya

Ungkapan lemahnya dalam bicara

Zahirnya kesopanan di pandangan mata

Menyentuh jiwa merintih sukma

Rayuan lafaznya bergetar jiwa

Teruji diri menitis air mata

Namun hikmah Maha Pencipta

Percaturannya tak terduga diminda

Biarpun lemah dimata manusia



Bukan alasan untuk dihina

Dimaki dikeji dan dicerca

Sejarah lampau menyingkap segalanya

Keteguhan iman terpelihara dijiwa

Semarak kerinduan pada syurga

Ganjaran Illahi diimpikan nyata

Sesungguhnya cinta pada Yang Esa

Mampu mengatasi cinta manusia

Inilah ciptaan-Nya bergelar wanita

Sedarlah mujahidah pembela agama

Jangan tertipu indahnya dunia

Kerana semua pasti binasa


Bangkitlah serikandi menjulang agama

Menjadi bukti dirimu berharga...



Sunday, August 31, 2008

"kAtA mAdAh PuJanGgA...bisa menjadi pedoman manusia............"

~Akal itu menteri yang menasihtai,hati itu ialah raja yang menentukan.

~Harta itu satu tamu yang berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

~Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakn sahabat yang telah dicari.

~Imam Ibnu Abdul Barri pernah berkata."Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu mejadi pelajar.Maka,apabial kamu berasa cukup(rasa pandai dan kaya ilmu),maka kamua telah menjadi jahil.

Saturday, August 30, 2008

Wasiat Nabi Junjungan kepada Saidina Ali Karamallahu Wajhah

Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia,tidak terpesong dengan pujuk rayu wanita.Benci terhadap perbualan dam perkataan sia-sia.

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya.Jujur dalam berkata-kata,menjauhi segala yang haram dan merendahkan diri.

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya.Takut berlaku dusta dan keji,menjauhi kejahatan, memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Seseorang wanita itu apabila di akhirat kelak akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka:-

Pertama: ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anaknya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama spt mangajar solat,mengaji dan sebagainya.Dia memperbiarkan anak-anaknya tidak menutup aurat..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia shj maka dia akan ditarik oleh anaknya..

Kedua: Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk istreinya.Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tp untuk pandangan kaum lelaki yg bkn mahram...apabila suami mendiamkan diri,wlaupun dia seorang yg alim etc,solat tak tangguh,posa x tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke tangan abag2nya..jikalau mereka hnya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam..tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: anak lelakinya
Apabila seseorang anak tidak menasihati seorang ibu oerihal kelakuan yg haram dari ISLAM,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....nantikan daya tarikan ibunya.

Maka,
kita lihat betapa
hebatnya tariakn wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yg sebenar tidak silap.

firman Allah S.W.T:-
"Hai anak Adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka.Di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..."

Hai wanita,kasihkan ayah anda,suami anda,abang2 anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kami sendiri..jalankanlah perintah Allah dgn sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata,marilah kita berdoa agar semua terselamat dari ditarik dan tertarik..oleh mana2 pihak.Harga seorang muslim adalah sgt berharga.Allah S.W.T nilaikan seorang muslim dgn SYURGA..semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janaji Allah S.W.T.

SEMOGA KITA TERGOLONG DI KALANGAN AHLI SYURAG YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB.
AMIN...YA RABBALA'LAMIN.